Jumaat, 16 Disember 2011
" sedekah "
sedekahkanlah
senyuman kepada sesiapa saja insyaALLAH kita akan mendapat kasih syg
mereka. Haluskan tutur kata kita kepada sesiapa saja insyaALLAH mereka
akan membalasnya dgn tutur kata yang menyenangkan. Dan rendahkan hati
kita kepada sesiapa saja insyaALLAH mereka akan menghormati Kita.
:: Salam Maal Hijrah ::
Hijrah Itu Pengorbanan,Hijrah Itu Perjuangan,
Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan.
" sakit "
bila Allah bagi kita "sakit" bermakna kita sedang di uji..
Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali
pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah
tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan,dan juga
diminum, InsyaAllah menjadi sembuh dengan izin Allah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين ٱلرَّح...ْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
امين
Khamis, 15 Disember 2011
KESERASIAN
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai
hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
...
· Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa
suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima
perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan
kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
· Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap
si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah
pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali
menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia
harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika
si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi
pasangan yang cukup serasi.
· Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya,
untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi
masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si
sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil
berkhayal mengenai masa depan.
· Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka
sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung
seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan
begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu
dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun,
masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi
dan menjunjung tinggi perdamaian.
· Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung
bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri
sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan
suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila
anak tengah ini adalah pihak perempuan.
· Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan.
Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal
situasi.
btol ke ?
InsyaAllah
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
... Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya
Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10
kali.”
Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang
suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya.”
Malaikat Maut tidak mahu memaksa
mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat
Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa
bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Begitu
banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan
surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama
hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan
diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita
mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan
Yasin. InsyaAllah.
♥ Create By : Eswandy Khardiwarjo ♥
♥ followers at Http://eswandy-khardiwarjo.blogspot.com n Http://eswandykhardiwarjo.blogspot.com♥
Langgan:
Catatan (Atom)