Jumaat, 27 Januari 2012

Hadis Riwayat Ahmad.

"Wanita yang telah melakukan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dari segala yang haram dan mentaati suami, maka masuklah dia ke syurga dari mana-mana pintu". ( Buku Tingkatan 5 Pendidikan Islam bercakap pasal Suami dan Isteri )

Tunaikah Solat Malam Jumaat

Perkongsian Malam Jumaat : Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan ALLAH kepadanya, maka dia kaya. Sama-samalah kita bersyukur kepada ALLAH. Alhamdulillah. ( dengar solat waktu dr siaran langsung TV 3 )

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sesungguhnya marah daripada syaitan, syaitan diciptakan daripada api, api pula boleh dipadamkan dengan air. Maka apabila marah, segeralah berwudhuk.......Wallahua'lam. Semoga sifat mazmumah tersebut dapat kita hindari dalam diri kita semua...

4 perkara menajamkan fikiran

1. Hindari berbual kosong dan bercakap tidak senonoh
2. Rajin bersugi ( gosok gigi )
3. Bercakap dengan kalangan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
** peringatan bersama di Malam Jumaat... InsyaALLAH **

Khamis, 12 Januari 2012

Rumah Anak Yatim

seorang hamba Allah menceritakan kepada saya. saat dia mengunjungi rumah anak yatim di suatu tempat untuk menghantar bekalan makanan. sewaktu dia meletakkan makanan tersebut semua anak yatim disitu seperti teruja.. lalu seorang anak yatim lelaki menegur beliau lalu berkata.
anak yatim : abang.. terima kasih sebab bawakan makanan yang lazat2 untuk kami, akhirnya Allah makbulkan doa saya.. dah dua minggu kami tunggu orang sedekah makanan kat kami..akhirnya datang jgk. terima kasih abg.. Alhamdulillah. (budak itu seolah2 ingin menangis kerana gembira.)..
:: kawan2 semua... marilah kita bersedekah kepada mereka yang memerlukan, jangan lupa bayar zakat..:: semoga kita mendapat KEBERKATAN
.