Jumaat, 16 September 2011

Anda pernah mengalami merajuk lama2x

Hurm...bagi pendapat saya la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. :( Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-up dan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau...

Ada sebalik merajuk :D
Saya cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. :wink: Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja. Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha...itu terpulang kepada diri masing-masing. :-) Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang saya tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Even kesilapan yang simple pun nak merajuk. :x Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri. :roll: